Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,712

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jamu babi mayat anak

9:26am 01/12/2015 Pak Roshan 1127 views Global
KEADAAN kandang babi di belakang rumah keluarga Jones.

KEADAAN kandang babi di belakang rumah keluarga Jones.

Kansas City: Seorang lelaki dituduh memukul anaknya hingga mati sebelum memberikan babi peliharaannya makan mayat kanak-kanak berkenaan.

Michael Jones, 44, sebelum itu ditahan kerana menyerang dan melepaskan tembakan ke arah isterinya Heather Jones, 29, di kediaman mereka di sini.

Bagaimanapun, apabila mula menyiasat, polis menerima maklumat daripada seseorang yang meminta mereka menyelongkar laman belakang keluarga itu.

Keesokannya, polis menemui mayat reput, kemungkinan anak lelaki pasangan berkenaan di kandang di belakang rumah mereka.

Penduduk tempatan yang mengenali pasangan itu berkata, mereka mempunyai lapan anak berusia antara satu dan 11 tahun.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan