Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jamin dua jambatan gantung putus diperbaiki segera

Ariffin (kanan) meninjau kerosakan jambatan gantung sepanjang 200 meter itu yang terputus akibat banjir yang berlaku pada malam Ahad lalu.Kelihatan seorang penduduk sedang menggunakan rakit untuk menyeberangi sungai tersebut. - foto Aryan de Vera
Ariffin (kanan) meninjau kerosakan jambatan gantung sepanjang 200 meter itu yang terputus akibat banjir yang berlaku pada malam Ahad lalu.Kelihatan seorang penduduk sedang menggunakan rakit untuk menyeberangi sungai tersebut. – foto Aryan de Vera

MEMBAKUT – Jambatan gantung menghubungkan Kampung Sinoko dan Kampung Bangkalawit, di sini yang putus akibat banjir di Sungai Membakut, semalam, akan dibina secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk menilai jumlah kerosakan jambatan berukuran 200 meter itu.

Menurutnya, beliau juga akan memastikan jambatan gantung itu segera disiapkan memandangkan ia merupakan laluan utama penduduk dari kedua-dua kampung terlibat khususnya kanak-kanak ke sekolah.

“Jambatan gantung ini akan dibina secara gotong-royong antara penduduk dan kontraktor yang dipertanggungjawabkan agar ia dapat digunakan semula oleh penduduk di kedua-dua kampung ini. Penduduk terlibat yang ketika ini terpaksa menggunakan rakit sebagai jalan alternatif sementara,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan jambatan tersebut, di sini hari ini.

Ariffin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri turut meninjau sebuah lagi jambatan gantung berdekatan Kampung Sinoko yang usang dan tidak lagi digunakan penduduk. – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan