Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jame: Surat amaran akan dikeluarkan jika gagal patuhi peraturan KPM

jame alip KPM

KENINGAU: Surat amaran akan dikeluarkan kepada pihak pembekal makanan asrama dan pengurusan syarikat pegawal keselamatan di setiap sekolah di negeri ini sekiranya tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip berkata, sekiranya enggan mematuhi peraturan mereka bukan sahaja diberikan surat amaran malah tempoh khidmat mereka akan ditamatkan serta merta.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan mengejut di beberapa buah sekolah menengah dan rendah di sekitar daerah Keningau pada malam Isnin.

Katanya, dengan adanya lawatan mengejut yang dilakukan pihaknya dapat melihat sendiri tahap kebersihan penyediaan makanan serta menu harian makanan yang ditelah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah kepada penghuni asrama.

Jelasnya, dengan adanya penjagaan kebersihan makanan dan persekitaran dewan makan asrama dari masa kesemasa ia juga dapat mengelak daripada berlakunya keracunan makanan dikalangan pelajar sekolah.

Sementara itu, katanya, bagi syarikat swasta yang dilantik untuk menjaga keselamatan kawasan sekolah haruslah memastikan para pengawal keselamatan memakai pakaian uniform yang lengkap setiap masa walaupun bertugas diwaktu malam.

Jame turut menegaskan, para pengawal keselamatan sekolah agar tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran orang awam untuk masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan rasmi.

Katanya, ini adalah bagi mengelak daripada kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan sekolah seperti kecurian dan sebagainya.

Komen


Berita Berkaitan