Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jame: Penglibatan ibubapa penting dalam meningkatkan tahap kecemerlangan anak- anak

Kenangan...Jame (tengah) bersama para guru- guru dari semua sekolah yang terlibat dalam program tersebut.
Kenangan…Jame (tengah) bersama para guru- guru dari semua sekolah yang terlibat dalam program tersebut.

KOTA KINABALU- Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak- anak tidak kira dalam atau luar sekolah dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka, kata Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Jame Alip.

Beliau berkata penglibatan ibu bapa dalam aktiviti seharian anak- anak dapat memberi pelbagai manfaat disamping menjadi sokongan moral kepada anak-anak dalam meningkatkan tahap pembelajaran mereka di sekolah.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Program BUDI-PIBK anjuran Jabatan pendidikan negeri sabah di Sekolah Mengah Maktab Sabah, semalam.

Menurut Jame, progam tersebut mampu untuk melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru dan mewujudkan kerjasama lain antara mereka.

Disamping itu, program ini diadakan bagi menyemarakkan Program Sarana Kementerian Pelajaran Malaysia yang merupakan inisiatif ibu bapa, komuniti dan sector swasta dan juga merupakan inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Maktab Sabah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Maktab Sabah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Shah, Sekolah Kebangsaan Kebagu, Sekolah Kebangsaan Gantisan dan PGB Daerah Kota Kinabalu. -Syafathin M.Y./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan