Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jame: MEKAR platform mengiktiraf pencapaian sekolah dalam memartabatkan kecemerlangan akademik

Wakil PPD Tawau menerima Anugerah MEKAR 2015 daripada Musa (kiri). Foto: Alex Mairin/ SayangSabah
Wakil PPD Tawau menerima Anugerah MEKAR 2015 daripada Musa (kiri). Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Sebanyak 65 anugerah diserahkan kepada sekolah- sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atas prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu UPSR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015.

Kesemua anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman di Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR) kali ke-4 di Pan Pacific Sutera, disini, semalam.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip, majlis tersebut merupakan platform bagi Jabatan Pendidikan mengiktiraf pencapaian dan usaha murni sekolah dalam memartabatkan kecemerlangan akademik.

Selain itu, Jame berkata ia (MEKAR) merupakan salah satu cara jabatan untuk menghargai dan memberi sokongan kepada PPD dan sekolah- sekolah yang berjaya mengharumkan nama negeri Sabah.

Dalam majlis tersebut, PPD Tawau mendapat Anugerah MEKAR 2015 atas pencapaian akademik yang amat memberansangkan iaitu sebanyak 67.43 peratus.

Disamping itu, terdapat dua orang pelajar terbaik STPM iaitu Masran Rukarni (mantan pelajar SMK Bugaya, Semporna) dan Hong Yi Zhi ( Mantan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu) mendapat Anugerah Khas Pengarah Pelajaran 2015 atas kejayaan mereka dalam peperiksaan STPM 2015.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Hong (kanan) menerima Anugerah Khas Pengarah Pelajar 2015.
Hong (kanan) menerima Anugerah Khas Pengarah Pelajar 2015 daripada Musa 

Komen


Berita Berkaitan