Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,811

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jambori Pengakap Mampu Pupuk Perpaduan – Tawfiq

tawfiq

TAWAU : Jambori Pengakap berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata jambori merupakan gelanggang pertemuan pengakap pelbagai etnik dan budaya bagi membentuk masyarakat yang lebih bersopan dan bertanggungjawab.

“Kementeria Belia dan Sukan Sabah sentiasa memberi sokongan dalam semua agenda pengakap ke arah memajukan dan memartabatkan pengakap di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Jambori Pengakap Antarabangsa Tawau malam tadi.

Jambori kali ini, selain disertai oleh kontinjen dari negeri-negeri di Malaysia, juga disertai pasukan pengakap negara jiran Indonesia, khususnya Kalimantan Utara.

Tawfiq juga menyifatkan jambori pengakap mempunyai cabaran tersendiri antaranya peserta terpaksa melupakan keselesaan hidup dengan hanya tidur di dalam khemah beralaskan tikar di atas tanah.

Jambori yang melibatkan 2,500 pengakap atau dinamakan Pramuka di Indonesia itu bermula sejak Sabtu lepas dan akan berakhir pada Rabu ini.

Pada majlis itu, Tawfiq yang mewakili Ketua Pengakap Sabah, yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyampaikan Pingat Kedua Tertinggi Ketua Pengakap Sabah kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan