Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jambatan kaca terpanjang

9:18am 05/12/2015 Pak Roshan 338 views Global
JAMBATAN kaca di Zhangjiajie.

JAMBATAN kaca di Zhangjiajie.

Beijing: Jambatan kaca paling panjang dan tinggi di dunia kini sudah disiapkan di Zhangjiajie, wilayah Hunan, China.

Jambatan sepanjang 375 meter itu terletak hampir 300 meter dari tanah, seterusnya mengalahkan laluan di atas Grand Canyon di Arizona yang setinggi 219 meter.

Jambatan berharga RM16 juta itu hasil rekaan arkitek Israel, Haim Dotan.

Ia dipercayai mampu digunakan sebagai ‘runway’ untuk acara fesyen jika ada model yang cukup berani melintasinya.

Pembinaan jambatan itu pertama kali diumumkan pada 2012 sebelum pembinaan dimulakan pada November tahun lalu. Ia akan dibuka kepada orang ramai Mei depan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan