Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jambatan Bandukan bernilai RM8.161 juta, rancakkan ekonomi penduduk kampung

Musa Aman menandatangani plak perasmian Jambatan Bandukan, Keningau. - foto Kalawon Sawing
Musa Aman menandatangani plak perasmian Jambatan Bandukan, Keningau. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Penduduk di sekitar Kampung Bandukan dan kawasan Bingkor, dekat sini, kini boleh menggunakan Jambatan Bandukan baharu bernilai RM8.161 juta sebagai laluan utama mereka apabila ia siap dibina sepenuhnya pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, dengan siapnya jambatan berukuran 82 meter panjang itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk tetapi merancakkan lagi pembangunan ekonomi di kawasan Bingkor serta memudahkan pergerakan pelajar dari Kampung Bandukan.

“Sebelum ini, penduduk di kawasan ini sukar mengeluarkan hasil tanaman mereka terutama pada musim  hujan kerana jambatan laluan dasar sungai yang dibina sebelum ini sukar dilalui jika Sungai Bayayo banjir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambatan Bandukan, di sini hari ini.

Beginilah keadaan jambatan Bandukan yang kini memberi kemudahan kepada penduduk kawasan Bingkor. - foto Kalawon Sawing
Beginilah keadaan jambatan Bandukan yang kini memberi kemudahan kepada
penduduk kawasan Bingkor. – foto Kalawon Sawing

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, pembinaan jambatan itu juga merupakan satu janji yang telah ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ia juga adalah permintaan penduduk di kawasan ini bagi mengatasi masalah mereka dan kerajaan sedar ia adalah keperluan rakyat. Maka dengan itu, kerajaan telah melulus peruntukan untuk membiayai pembinaan jambatan berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri berterima kasih kerajaan negeri khususnya kepada kepimpinan Musa kerana telah meluluskan peruntukan pembinaan jambatan itu.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, tanpa kelulusan daripada kerajaan negeri, sudah tentu pembinaan jambatan itu tidak dapat dilaksanakan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan