Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jambatan akan siap – kepertitan penduduk akan berakhir

nabawan

NABAWAN : Keperitan hampir 1,000 penduduk Panawan dekat sini yang terpaksa menggunakan jambatan tidak sempurna selepas jambatan sedia ada musnah dilanda banjir baru-baru ini terlerai apabila kemudahan asas itu dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Pegawai Daerah Nabawan, Fredian Gan berkata, pembinaan jambatan baharu itu dijangka siap dalam tempoh empat minggu lagi sekiranya kerja-kerja pembinaan tidak terganggu dengan cuaca yang tidak menentu.

Katanya, jambatan baharu itu bakal memberi lebih keselesaan ke­rana kemudahan sebelum ini sering ditenggelami air atau runtuh apabila banjir selain kerap rosak kerana diperbuat daripada kayu balak.

“Pembinaan jambatan baharu ini diharap dapat mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh penduduk setempat selama ini terutama ketika kejadian banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, jambatan kekal Sungai Panawan itu sememangnya dinantikan oleh orang ramai kerana menjadi laluan utama yang menghubungkan perkampungan tersebut.

Sehubungan itu kata Fredian, beliau mewakili masyarakat setempat ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana telah meluluskan pembinaan jambatan tersebut yang sudah sekian lama dinantikan.

“Kita berterima kasih kepada Pengarah JKR Sabah kerana sentiasa prihatin dengan masalah-masalah penduduk di daerah ini khususnya yang berhubung kait dengan jalan dan jambatan di bawah seliaan mereka,” katanya.

Mengulas masalah Jalan Pamuntarian yang sering ditenggelami air apabila banjir, Fredian berkata, hal berkenaan telah dikemukakan kepada pihak atasan dengan harapan akan dapat diselesaikan.

Bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi, beliau berjanji untuk membangkitkan permasalahan berkenaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah akan datang.

Komen


Berita Berkaitan