Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jamal Sedia Bantu Zamani Untuk Mendapatkan Rawatan

jamal

BERCAKAP mengenai raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah pasti ramai yang mengingati pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir ini pernah menggemparkan dunia hiburan dengan isu penyalahgunaan dadah suatu ketika dahulu.

Kini Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali tampil menyatakan hasratnya, bersedia untuk membantu vokalis kumpulan Slam, Zamani untuk mendapatkan rawatan bagi memerangi masalah penyalahgunaan dadah.

images (1)

“Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah),” kata Datuk Jamal Abdillah seperti yang dipetik dalam Harian Metro.

Tambah Jamal, Zamani dikenal ramai dan mungkin dia tidak selesa jika beritanya mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian.

Atas permasalahan yang juga pernah dialami penyanyi dan pelakon Azura ini, Jamal memberitahu dia mengenali beberapa pihak tertentu yang boleh merawat ketagihan dadah ini dan lokasinya agak tertutup.

Sebagai rakan seni, pastinya Jamal mahukan yang terbaik buat sahabatnya ini supaya tidak dibelenggu dengan penyalahgunaan dadah yang sememangnya boleh menghancurkan masa hadapan.

Semoga Zamani dapat segera pulih daripada terus ketagih terhadap bahan berbahaya tersebut. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan