Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,740

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jamal baju merah cedera diserang, ditumbuk

7:09pm 13/11/2016 Pak Roshan 1486 views Jenayah,Mutakhir
DATUK Seri Jamal Md Yunos. - Foto AFP

DATUK Seri Jamal Md Yunos. – Foto AFP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos cedera pada muka dan hidungnya selepas didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian dekat sebuah pasar raya di Ampang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) itu bersama 150 pengikutnya dikatakan bertembung dengan kumpulan yang memakai baju kuning dipercayai Bersih.

Kekecohan dikatakan berlaku akibat pertembungan dua kumpulan itu sebelum Jamal diserang dan ditumbuk individu tidak dikenali. Akibat serangan itu, Jamal cedera di muka dan hidungnya berdarah sebelum kekecohan itu dileraikan beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Jamal kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ampang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff ketika dihubungi BH mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang menyiasat kes terbabit. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan