Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jalur Gemilang semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di Sabah

Jalur Gemilang mula dipasang di bebarapa kawasan yang strategik disekitar Kota Kinabalu sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang serta Pelancaran Bulan Kebangsaan yang akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Sabah, 5 Ogos lalu. - Foto Izhari Ariffin
Jalur Gemilang mula dipasang di bebarapa kawasan yang strategik disekitar Kota Kinabalu sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang serta Pelancaran Bulan Kebangsaan yang akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Sabah, 5 Ogos lalu. – Foto Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Sempena Bulan Kebangsaan, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah (KPKPS) melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di pekarangan kompleks berkenaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam.

Sebanyak 26 agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan menerima Jalur Gemilang sebagai simbolik pelancaran kempen berkenaan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dollah, ketika menyempurnakan kempen berkenaan berkata, ia bertujuan memupuk semangat patriotisme serta cintakan negara dalam kalangan penjawat awam mahupun badan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai.

“Tujuan kita melancarkan kempen ini adalah untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa penjawat awam serta orang ramai yang berkunjung dan berurusan di KPKPS,” katanya.

Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang 2016 dilancarkan di Tawau pada 6 Ogos lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan