Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jalinan kerjsama Tentera Darat Malaysia dan Indonesia

received_1016872728373005

SIMANGGARIS: Satu jalinan kerjasama melalui Patroli Terkoordinasi (PATKOR) siri pertama tahun 2015 yang melibatkan gabungan bersama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Indonesi-Angkatan Darat (TNI-AD) telah dilaksanakan sebagai salah satu platform memperkukuhkan jalinan kerjasama antara dua negara.

Antara lain tujuan kerjasama itu adalah sebagai usaha menyelesaikan permasalahan di persempadanan Negara terutama sekali berkaitan dengan penyeludupan, Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan pencerobohan sempadan negara.

Pelaksanaan PATKOR siri 1/2015 ini akan bermula di Pos GABMAS Simanggaris dan berakhir di Pos Simanggaris Lama dengan jarak 25 kolometer dan setiap platun dari TDM dan TNI-AD akan bergerak secara berkumpulan menyusuri sempadan antarabangsa kedua-dua negara.

Upacara pembukaan bagi kerjasama ini disempurnakan oleh Komandan Korem 091/ASN, Brigjen TNI Teguh Indratmoko dan turut hadir Panglima Brigjed Kelima Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Mohd Anuar bin Rijaludin.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan