Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jalinan kerjasama TUDM dan media

5:36am 20/11/2015 Leolerry Lajius 78 views Tempatan

LABUAN: Penganjuran  Hari Media bersama kementerian pertahanan dan Tentera Udara Malaysia(TUDM) sempena Ex-Paradise 2015 sebagai salah satu platform untuk mengeratkan silaturahim antara media dan TUDM.

Demikian ungkapan Panglima Operasi Udara TUDM Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad, ketika berucap pada majlis makan malam program tersebut di Hotel Billion Waterfront Labuan.

“Peranan media untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan aktiviti TUDM terutama sekali liputan mengenai Ex-Paradise memperlihatkan hubungan antara TUDM dan media sangat penting,”katanya.

Tambah beliau media memainkan peranan yang penting sebagai medium penyampai maklumat kepada masyarakat dan haruslah mengelakkan daripada membuat laporan berita yang berusur negatif.

Beliau juga  berharap agar media terus memaklumkan kepada masyarakat mengenai peranan TUDM.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 November itu mendapat penyertaan dari pengamal media seluruh negara.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Jeneral Ackbald menyampai sijil kepada salah seorang peserta program tersebut.

Jeneral Ackbal menyampai sijil kepada salah seorang peserta program tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan