Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jalinan kerjasama ke arah negara berpendapatan tinggi

KOTA KINABALU: Kerajaan akan sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang juga akan memberikan kesan terhadap industri negara.

Kerjasama pihak kerajaan dengan Federation of Sabah Industries (FSI) yang sentiasa menekankan isu yang memberikan kesan kepada masyarakat adalah satu inisiatif untuk mencapai wawasan tersebut.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, pihak kerajaan akan sentiasa melihat peluang untuk terus menjalinkan kerjasama dengan FSI.

“Pihak industri harus mencari langkah strategik yang boleh membantu dalam menambah pendapatan terutama sekali dalam situasi ekonomi yang tidak menentu,”katanya.

Tambah beliau pembinaan lebuh raya Pan Borneo memberikan peluang kepada syarikat tempatan untuk terlibat secara langsung dalam industri pembinaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pasa majlis ulangtahun ke-32 FSI di Dewan Hakka Tanjung Lipat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

received_1012144095512535

Komen


Berita Berkaitan