Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jalinan kerjasama kakitangan hospital dan masyarakat perlu dikukuhkan

2:45pm 23/10/2016 Leolerry Lajius 23 views Tempatan

 

Kota Kinabalu : Kerjasama sama antara pihak pengurusan dengan kakitangan sokongan Hospital Queen elizabeth 1 perlu bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan antara yang terbaik kepada penguna (masyarakat).

 

Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Diego berkata harapan supaya semangat itu akan berterusan bukan sahaja memenuhi tahap asas tetapi menjadi yang lebih terbaik.

 

Beliau berkata dengan bangunan yang selesa dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang baru dan canggih ini dapat memberikan semangat yang baru dikalangan anggota hospital untuk bekerja lebih rajin, komited dan bertanggungjawab dengan mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan cogan kata Kementerian Kesihatan Malaysia ‘Kita Sedia Membantu’.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Program Menyusur Akar Pemimpin Prihatin di Dewan PGMC Hospital Queen Elizabeth.

 

Turut hadir sama Timbalan Pengarah Klinikal 1, Dr. Yogendra AL Panchalingham, Pengerusi Biro Kesihatan Dr Siti Fatmah Suahib, Timbalan Ketua UMNO, Naib Ketua bahagian, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, Ketua Wanita, Datuk Rosimah Zakaria, Ketua Pemuda, Mohd Bahrin Karim, Ketua Puteri, Salmie Sarinoh serta ahli jawatakuasa bahagian dan sayap-saya pergerakan.

 

Sebanyak 500 barangan hamper untuk pesakit-pesakit dan 4 unit pancuran air mandi elektrik kepada Unit Terbakar Hospital Queen Elizabeth 1 telah diserahkan. Program Menyusur Akar Pemimpin Prihatin  merupakan salah satu program kebajikan anjuran Biro Kesihatan UMNO Kota Kinabalu.

 

Majlis penyampaian sumbangan diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Hamdain Diego bersama-sama dengan Biro Kesihatan Umno bahagian serta Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Kota Kinabalu.

 

Dalam majlis itu, Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Hamdain Diego berharap kunjungan mereka dengan pemberian hamper ini dapat memberi kegembiraan kepada pesakit-pesakit yang terlantar di wad dan sekaligus mengambil peluang beramah mesra antara pemimpin dengan anggota staf hospital.

 

Program dibuat Ssempena bulan kesihatan Biro Kesihatan Umno Kota Kinabalu bersama Biro Kesihatan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kota Kinabalu telah mengadakan Program Menyusur Akar,  Pemimpin Prihatin dengan mendekati pesakit yang kurang bernasib baik di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini kelmarin./SayangSabah

Faisyal menyerahkan sumbangan empat unit pancarun air elektrik kepada Dr. Timbalan Pengarah Klinikal 1, Dr. Yogendra AL Panchalingham untuk Unit Terbakar.

Faisyal menyerahkan sumbangan empat unit pancarun air elektrik kepada Dr. Timbalan Pengarah Klinikal 1, Dr. Yogendra AL Panchalingham untuk Unit Terbakar.

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan