Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jalani saringan hepatitis B,C

saringan hepatitis

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai menjalani pemeriksaan darah bagi mengesan hepatitis B dan C yang mempunyai risiko kematian tinggi akibat sirosis hati, kegagalan hati serta kanser hati berikutan tahap kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyakit terbabit masih rendah.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, 50 hingga 60 peratus rakyat Malaysia menyedari kesan menghidap penyakit itu manakala selebihnya tidak ambil tahu, menjadikan situasi sebagai kritikal kerana tidak sedar sama ada dijangkiti atau tidak oleh virus hepatitis.

Menurutnya, penyakit terbabit yang juga dikenali sebagai inflamasi atau tindak balas hati terhadap sesuatu jangkitan menyebabkan kerosakan sel hati tidak menunjukkan gejala jelas sehingga ramai tidak menyedari mereka menghidapnya.

“Kira-kira 3.6 peratus daripada populasi 100,000 rakyat Malaysia berisiko dijangkiti hepatitis berpunca daripada gaya hidup tidak sihat seperti mengambil alkohol berlebihan, hubungan seks tidak selamat dan perkongsian jarum suntikan terutama dalam kalangan penagih dadah.

“Hepatitis juga berjangkit melalui pendedahan kepada cecair badan seperti darah, air liur, air mani dan cecair vagina.

Oleh itu, menjalani ujian saringan untuk penyakit ini, terutama bagi yang berisiko tinggi, adalah langkah mudah dan singkat untuk mendapatkan diagnosis penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen kesedaran penyakit itu sempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2014 bertemakan Fikir Semula di Hospital Selayang, di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata, sehingga tahun lalu seramai 3,421 rakyat Malaysia dilaporkan secara positif menghidap hepatitis B, manakala 2,011 lagi menghidap hepatitis C dan bilangan pesakit dikhuatiri lebih ramai tetapi tidak dilaporkan berikutan mereka tidak sedar dijangkiti atau membawa virus.

Komen


Berita Berkaitan