Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JALAN TUN FUAD STEPHENS DITUTUP SEMPENA PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 31 OGOS

Pelan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sempena perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah. Gambar SNT/Ehsan DBKK

KOTA KINABALU: Jalan Tun Fuad Stephens berhadapan Dataran Bandaraya dan Hotel Promenade akan ditutup sementara sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2018.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, selain itu beberapa jalan raya juga akan ditutup sementara bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari bermula hari ini sehingga 31 Ogos nanti.

“Pada Isnin sehingga 29 Ogos nanti, raptai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri akan dijalankan dan penutupan Jalan Tun Fuad Stephens sepenuhnya.

“Jalan Kawasan pusat membeli belah Imago, KK Times Square serta Gleneagles (lorong kanan) juga akan ditutup dan penutupan jalan secara berkala di Jalan Kemajuan, Jalan Coastal, Jalan Utama Sutera Harbour, Jalan Dua Puluh menuju ke Centre Point dan Bulatan Millenium,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pada 31 Ogos atau pada Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, Jalan Tun Fuad Stephens dan beberapa jalan yang sama akan ditutup sepenuhnya bermula jam 5 pagi sehingga tengah hari.

Selain itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi arahan anggota Penguatkuasa yang bertugas pada masa itu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan