Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jalan Raya Rancangan Luboh Sandakan Akan Dinaik Taraf – KM Sabah

 

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk pad Majlis Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin, di Dewan Serbaguna Kampung Rancangan Luboh, di Sandakan. – Foto Juzaimie Jazlan

 

SANDAKAN, 11 Jan – Jalan raya sepanjang tujuh kilometer yang menjadi laluan utama penduduk di Rancangan Luboh dekat sini yang mengalami kerosakan akan dinaik taraf, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata permohonan untuk menaik taraf jalan itu telah dipersetujui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau dan Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol bertemu dengannya.

“Sekiranya kewangan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak ‘turun’, saya berjanji akan menggunakan kewangan kerajaan negeri untuk naik taraf jalan raya berkenaan.

“Tetapi ia bukan sekelip mata dilaksanakan dan beri kami masa tiga hingga empat bulan untuk menaik taraf jalan raya itu,” katanya.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin di Dewan Kampung Sungai Luboh bersempena lawatan ke Pusat Daerah Mengundi di kampung itu, hari ini.

Musa juga berkata projek naik taraf jalan raya dari Kuala Gum-Gum ke Tanjung Semawang yang akan dimulakan tidak lama lagi bakal memberi manfaat kepada penduduk kampung di sekitar.

Katanya naik taraf jalan tersebut merupakan komitmen kerajaan untuk kemudahan rakyat menggunakan kemudahan jalan raya yang baik.

Jalan raya sepanjang 25 kilometer itu akan dinaik taraf dengan kos kira-kira RM200 juta.

Pada majllis itu, Musa turut menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 175 murid dan kerusi roda kepada enam warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

— BERNAMA

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bergambar beramai selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah serta kerusi roda selepas Majlis Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin, di Dewan Serbaguna Kampung Rancangan Luboh, di Sandakan. – Foto Juzaimie Jazlan

Komen


Berita Berkaitan