Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jalan Menuju Tuhan (Bahagian 3 – Akhir)

Gambar Hiasan

 

“Ilmu mengenali Tuhan?” Si lelaki muda nampak semakin berminat.

“Ya, sains ilmu yang kita pelajari itu bukankah boleh diukur, diekperimentasi dan diaplikasi” Si abang menerangkan.

“Kata-kata kamu itu memang benar.”

“Kita selalu membuat eksperimen di sekolah. Kenapa kita harus mengukur setiap bahan dengan terperinci?” Tanya si abang.

“Supaya tidak berlaku letusan yang tidak diingini.”

“Itulah bukti wujudnya Tuhan yang menentukan setiap peraturan dan ukuran tentang sesuatu perkara,” jelas si adik.

“Tapi kenapa masih terjadinya bencana alam?”

“Itu kerana kerakusan manusia yang tidak suka berfikir. Tuhan masih memberi kita ruang dan pilihan untuk memilih kebaikan dan keburukan kerana itu manusia dicipta berakal. Tidakkah tuan lihat perbezaan kita dan haiwan,” jawab si abang pula.

“Tapi aku rasa Tuhan itu tidak menciptakan dengan adil.”

“Maha Suci Tuhan kami daripada sifat lemah dan tidak adil. Mengapakah tuan mengatakan sedemikian.”

“Mengapa ada manusia yang dilahirkan buta, pekak, cacat dan terencat akal?”

“Adakah tuan mengenali Nick. Mengapakah orang kelainan upaya seperti mereka masih boleh berjaya sedangkan ramai yang dikatakan lahir sempurna itu duduk di lorong-lorong gelap dan memilih jalan yang salah? Adakah itu salah Tuhan sedangkan Tuhan telah memberi kita rujukan?” Tanya si abang.

Perbualan mereka terhenti seketika. Seorang wanita yang menutup sempurna dirinya dari kepala hingga ke hujung kaki melintasi mereka.

“Mengapakah wanita muslim mesti memakai pakaian seperti itu?”

“Kerana mereka itu permaisuri-permaisuri kami. Tuhan telah menjaga mereka dengan sebaiknya. Kami tidak boleh menyentuh mereka dengan sesuka hati. Mereka ada maruah diri yang tinggi. Bukankah logik pakaian syariat seperti itu membantu mereka menjaga diri, jadi ia juga dapat membantu kaum lelaki mengawal hawa nafsu.” Si abang yang semakin dewasa menjelaskan.

“Mungkin juga. Maka tiada lagi anak dibuang sesuka hati,” kata si lelaki muda. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia menatap dalam si adik.

Si adik berasa serba salah. “Saya minta maaf. Saya hanya bermain-main dengan tuan tadi. Saya ini masih punya ayah dan ibu,” kata si adik jujur.

Si lelaki muda ketawa. “Tidak mengapa. Aku berterima kasih dengan kamu budak kecil.”

“Jangan berterima kasih padaku. Bersyukurlah pada Tuhan kerana tuan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Saya ini hanyalah orang perantara.”

“Apakah cita-cita kamu berdua?”

“Ibu dan ayah kami tidak kisah kami mahu menjadi apa asalkan masih menjadi muslim yang mukmin,” jawab si abang.

“Apakah perbezaan muslim dan mukmin?”

“Setiap mukmin itu adalah muslim tapi tidak bagi muslim. Tidak semestinya muslim itu adalah mukmin,” kata si adik.

“Aku seronok bersembang dengan kamu. Nampaknya banyak lagi perkara yang aku perlu belajar untuk menjadi muslim dan mukmin.”

Si abang dan si adik membawa lelaki muda tadi kepada orang yang lebih layak mengislamkannya.

“Apakah Islam itu begitu merumitkan dalam beribadah?”

“Tidak. Tahukah kamu ketika aku sedang melukis juga aku beribadah?”

“Bagaimana?”

“Dengan mengingati Tuhan setiap masa. Islam itu begitu unik. Setiap perkara apa yang tuan lakukan dengan mengingatiNya itu adalah ibadah.”

Kelihatan si lelaki muda itu masih belum jelas dengan konsep ibadah.

“Tidak mengapa. Jangan risau. Kami juga masih belajar memahami Islam dan mencintai Allah juga Rasulullah,” kata si adik petah.

“Kamu juga masih belajar?”

“Ya, kita mesti terus belajar dan berdoa untuk sentiasa tetap dijalan-Nya,” jawab si abang.

“Sampai bila?”

“Sampai kita dapat menemui-Nya.” Abang dan adik menjawab serentak.

(Sumber: iluvislam.com oleh Nur Anis Wafda binti Ahmad Asri)

Komen


Berita Berkaitan