Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JALAN KUNDASANG-RANAU TUTUP SEMENTARA, TANAH RUNTUH DI KAMPUNG KINASARABAN,

Keadaan di lokasi tanah runtuh di Kampung Kinasabaran, Kundasang. – Gambar SNT / Ehsan IPD Ranau

RANAU: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kampung Kinasaraban, kira-kira pukul 8 malam tadi mengakibatkan jalan Kundasang-Ranau tidak dapat dilalui.

Ketua Polis Ranau, Deputi Superitendan Mohd Shahrul Abdul Wahab berkata, ekoran daripada kejadian tersebut jalan dari kedua-dua arah di kawasan itu terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Beliau berkata jalan akan ditutup sehingga kerja pembersihan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai.

Keadaan di lokasi tanah runtuh di Kampung Kinasabaran, Kundasang. – Gambar SNT / Ehsan IPD Ranau

Difahamkan kawasan tersebut dilanda hujan tanpa henti daripada lewat petang tadi.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan