Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jalan konkrit beri manfaat 5,000 penduduk Kampung Bergosong, Sebatik

Abdul Muis (tengah) diiringi beberapa penduduk kampung meninjau jalan raya konkrit di Kampung Bergosong, Pulau Sebatik. – Gambar SNT / Ehsan Al Umar Yusof

SITTI NOR AZIZAH TALATA

TAWAU: Kemudahan jalan raya konkrit yang dibina di Kampung Bergosong, Pulau Sebatik sepanjang 1.9 kilometer (km) dijangka memberikan manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk di pulau tersebut.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Abdul Muis Picho berkata, jalan raya itu yang dinaik-taraf ke jalan konkrit berfungsi sebagai penghubung kepada tujuh buah kampung di pulau berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini penduduk kampung dan orang ramai hanya menggunakan jeti di kampung itu untuk mendarat, namun dengan siapnya jalan itu, ia memudahkan pergerakan mereka ke kampung masing-masing.

“Sekiranya berlaku kecemasan pada waktu malam, jalan ini juga boleh digunakan oleh penduduk untuk ke jeti Bergosong dan seterusnya ke bandar Tawau.

“Selain jalan raya, kita juga sedang menyiapkan projek pembinaan parit Kampung Bergosong sepanjang 1.9 km,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kedua-dua projek tersebut hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Muis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik turut mengadakan lawatan ke Sekolah Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di kampung itu yang menghadapi masalah bekalan air dan daif.

Jelas Abdul Muis, pihaknya merancang untuk menyelenggara sekolah berkenaan demi keselesaan guru-guru dan seramai 70 murid di sekolah terbabit. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan