Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jakim: Coklat Eyeglass With Candy Miliki Sijil Halal

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan coklat “Eyeglass With Candy” mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang tersebar di media sosial.

Bahagian Hab Halal Jakim berkata coklat berbentuk bulat dengan pelbagai warna keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini.

“Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera ‘free from pig’s products and its derivatives’ (bebas
daripada produk babi dan asal usulnya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu proses pengeluaran sijil berkenaan mengambil kira setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan teliti, oleh pakar syariah dan teknologi makanan.

Justeru, Jakim menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna bijak bagi mengelak menyebar dan menular sesuatu isu yang bersifat fitnah tanpa disedari. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan