Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jakel laksana tanggungjawab sosial bantu masyarakat

Amran (kanan) bersama Jainab menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas. - Foto Jimmy Tan / sayangsabah
Amran (kanan) bersama Jainab menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas. – Foto JIMMY TAN / sayangsabah

SEPANGGAR – Gedung fesyen pakaian terkemuka Jakel Trading (Sabah) Sdn Bhd turut tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan barangan makanan dan wang tunai kepada 100 penerima yang terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah dan warga emas di kawasan DUN Karambunai di sini pada Ahad.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengarahnya Mohd Amran Mohd Nor itu merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak enam tahun lepas yang bertujuan membantu meringankan beban golongan terbabit khususnya dalam membuat persiapan menjelang ketibaan bulan Syawal.

“InsyAllah, pada tahun hadapan Jakel akan cuba menambahkan lagi bilangan penerima sumbangan,” katanya sambil bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid yang turut sama dalam majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di perkarangan Masjid Kg Karambunai berkata, sumbangan tersebut amat bermakna kepada golongan berkenaan.

“Walaupun setahun sekali (terima sumbangan), namun ia tetap memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Jakel atas sumbangan berkenaan.

Menggunakan slogan “Ingatkan Kain, Ingatkan Jakel”, syarikat tekstil itu menawarkan pelbagai jenis fesyen pakaian dan 5000 jenia fabrik berkualiti antaranya chiffon, satin, renda, Shantung, lycra, kain taf, organza dan sutera Korea serta Itali. Selain itu, terdapat juga aksesori renda, hiasan rumah dan langsir.

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri syarikat berkenaan turut menyediakan tawaran harga berpatutan untuk para pelanggan. – oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan