Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JAJARAN LEBUHRAYA PAN BORNEO KEKAL

Amiruddin (kiri) berkata kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Petadbiran Kerajaan Negeri Sabah. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan hanya membuat penilaian semula terhadap kos keseluruhan pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo berjumlah RM12.8 bilion, namun dalam masa sama masih mengekalkan jarak lebuh raya berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, langkah penstrukturan kos operasi Pan Borneo tidak melibatkan jajaran projek tersebut sepanjang 1,236 kilometer yang menghubungkan antara bandar Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Shafie Apdal (kanan) menerima kunjungan Hormat daripada Timbalan Menteri Kewangan Malaysia YB Datuk Amiruddin Hamzah di pejabat rasminya, tingkat 32 ,Pusat pentadbiran Negeri Sabah. Gambar SNT/Ehsan JKM

“Seperti yang kita maklumkan sebelum ini, projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo akan diteruskan, cuma kita sedang melihat secara lanjut pakej-pakej yang ada dan agar projek ini memberikan pulangan tinggi kepada rakyat dan menjimatkan kewangan negara.

“Penilaian semula yang dilakukan Kementerian Kewangan hanya melibatkan pembiayaan projek itu tetapi kita juga memerlukan penilaian yang muktamad dan secara terperinci oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Petadbiran Kerajaan Negeri Sabah di sini hari ini.

Dalam pertemuan dengan Mohd Shafie itu, Amiruddin berkata, kementeriannya komited untuk memastikan projek-projek pembangunan yang dirancangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di Sabah.

Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan kepada Mohd Shafie bahawa terdapat beberapa projek-projek mega kerajaan Persekutuan yang perlu dinilai semula dan dihentikan buat sementara waktu termasuk di Sabah.

Mengambil contoh projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), katanya, jarak LRT3 adalah masih sama tetapi kerajaan kini telah berjaya membuat penjimatan sebanyak 40 peratus setelah mengurangkan elemen-elemen `mewah’ yang dicadangkan oleh kerajaan terdahulu.

“Contohnya dalam kes LRT3, kita kurangkan bilangan stesen, sebab stesen lain pun tak banyak penumpang di situ. Kita kurangkan reka bentuk stesen yang terlalu mewah itu. Maknanya, penumpang pun masih boleh orang turun di stesen itu, tidak ada masalah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kementeriaannya telah mengadakan majlis penyerahan bangunan baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Sabah yang terletak Minit Putrajaya, Kota Kinabalu, semalam.

“Bangunan itu istimewa sebab direka bentuk untuk menerima gegaran gempa bumi dan saya maklumkan perkara ini kepada Ketua Menteri,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan