Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jainab- Warga kerja KPMHEP perlu beri perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar

7:31pm 05/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 8 views Tempatan
Jainab merakamkan kenangan bersama warga kerja KPMHEP

Jainab merakamkan kenangan bersama warga kerja KPMHEP

KOTA KINABALU- Warga kerja Kementerian harus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar, kata Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid

Setiap kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (KPMHEP) harus melaksanakan Integriti dan sahsiah yang baik dan mulia.

Jainab berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada warga kerja KPMHEP.

Tambahan beliau, warga kerja harus meningkatkan mutu kerja dan lebih efisien.

“Warga kerja juga harus bekerja untuk membantu rakyat yang memerlukan memandangkan kementerian ini lebih dekat kepada masyarakat,”kata Jainab.

Disamping itu, Jainab juga menasihatkan agar silaturahim diantara warga kerja KPMHEP dapat dieratkan antara satu sama lain.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Setiausaha Tetap KPMHEP, Janet KL Chee,Pengarah-pengarah Dibawah Kementerian dan pemimpin-pemimpin masyarakat.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan