Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jainab: Wanita digalakkan membuat kerja sambilan dari rumah

6:52pm 26/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 141 views Tempatan,Wanita,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Kenangan.. Jainab (tengah) bersama dif-dif jemputan dan para ibubapa dan guru SK Likas. Turut Kelihatan Mantan Guru Besar SK Likas, Salleh Suliman (kanan), Guru Besar SK Likas, Jaimie Moslem (dua dari kiri), Yang Dipertua PIBG SK. Likas, Laliman Hj. Ahmad (dua dari kanan)

Kenangan.. Jainab (tengah) bersama dif-dif jemputan dan para ibubapa dan guru SK Likas. Turut Kelihatan Mantan Guru Besar SK Likas, Salleh Suliman (kanan), Guru Besar SK Likas, Jaimie Moslem (dua dari kiri), Yang Dipertua PIBG SK. Likas, Laliman Hj. Ahmad (dua dari kanan)

Kota Kinabalu – Kaum wanita digalakkan untuk membuat kerja sambilan seperti terlibat dalam bidang keusahawanan disamping bekerja di pejabat kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata bekerja dari rumah telah menjadi satu tren di negara luar seperti Bali Indonesia dimana perkara tersebut sering dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat di negara itu.

“Sudah sampai masanya untuk masyarakat Malaysia berfikir di luar kotak… Baru-baru ini, kami berkerjasama dengan syarikat-syarikat, pejabat daerah, pegawai daerah, pejabat dewan bandaraya untuk membenarkan wanita dapat lesen bekerja dirumah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita setelah merasmikan mesyuarat agung tahunan S.K. Likas 2016 di Dewan S.K. Likas disini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha serta kerjasama antara ibubapa (PIBG) dan pihak pentadbiran sekolah amat penting bagi memastikan agar sesuatu program atau aktiviti dapat berjalan dalam suasana yang lebih kondusif untuk kebaikan bersama.

“Apa yang saya dapat lihat, PIBG, sejak sekian lama, telah berusaha sedaya upaya untuk membantu menyediakan kemudahan- kemudahan prasarana sekolah seperti surau, pembaikan padang, meja, kerusi, laluan pejalan kaki dan sebagainya.

“Ini merupakan  usaha murni yang diberikan oleh PIBG kepada pentadbiran sekolah ke arah menyediakan iklim pembelajaran yang sihat dan kondusif,”katanya.

Beliau turut berharap dengan kerjasama padu daripada pihak ibubapa, komuniti dan sekolah akan dapat meningkatkan peratusan akademik serta dapat melahirkan pelajar cemerlang. Oleh Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan