Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jainab- Umat Islam perlu mementingkan ilmu duniawi demi kesinambungan kecemerlangan hidup

7:41am 05/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 44 views i-Muslim,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid

Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid

KOTA KINABALU- Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid menyeru kepada semua pihak agar meningkatkan usaha menyuntik kesedaran baru kepada komuniti Islam berhubung budaya Iqra’.

Beliau yang merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah turut berkata menimba ilmu patut menjadi budaya yang berakar umbi dalam segenap peringkat atau kumpulan masyarakat Islam kerana ia membolehkan umat Islam muncul sebagai umat yang amat mementingkan ilmu dan maju.

“kita perlu sedar bahawa selain ukhrawi, ilmu duniawi juga tidak kurang pentingnya bagi umat Islam demi kesinambungan kecemerlangan serta merealisasikan maksud “Khaira Ummah”, iaitu umat Islam sebagai sebaik-baik umat”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Tilawah AL-Quran peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Farabi, Masjid Jamek Kg. Likas, disini, semalam.

Selain itu, menurut Jainab, umat Islam perlu melakukan perubahan ketara termasuk mengkaji semula fungsi masjid dan sistem pendidikan jika semangat keilmuan ummah dan kegemilangan Islam hendak dikembalikan semula.

Katanya, Masjid yang menjadi institusi penting dalam kehidupan seharian umat Islam perlu berperanan sebagai pusat pembelajaran, bukan sekadar tempat bersolat jemaah semata-mata.

“Justeru, segala susun atur masjid dari segi peranannya dan keperluan pedagogi mereka yang mengendalikan institusi itu, perlu dikaji semula kerana merekalah yang menyampaikan ilmu kepada umum. Di sinilah letaknya rasional betapa perlunya kita mempunyai imam dan ahli agama yang bukan saja mahir dalam soal akhirat tetapi juga menguasai ilmu duniawi bagi menjadikan masjid sebagai institusi ilmu yang cemerlang”, ujar beliau. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan