Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jainab: Tindakan tegas dikenakan kepada peniaga yang salahguna logo ‘Halal’

4:35pm 22/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Jainab (kanan) ketika memantau harga barang makanan dan sijil halal  di premis makanan di Centre Point, disini, hari ini

Jainab (kanan) ketika memantau harga barang makanan dan sijil halal di premis makanan di Centre Point, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Peniaga premis makanan dinasihati agar tidak menyalahgunakan logo ‘Halal’ bagi tujuan menarik perhatian para pengunjung untuk datang makan ke restoran atau kedai makan tersebut.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata bahawa pihak kementerian akan mengenakan tindakan yang tegas terhadap peniaga restoran dan kedai makan yang menyalahgunakan logo ‘Halal’ itu.

“Disebabkan tindakan yang tidak bertangungjawab para peniaga itu, orang ramai menyalahkan kerajaan dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak mengambil tindakan sedangkan orang yang bersalah dalam hal tersebut ialah individu atau pemilik restoran yang mempamerkan sijil halal itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan pemantauan harga makanan dan sijil halal di premis makanan di Centre Point, disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua pengunjung premis makanan agar mengamalkan konsep 3M iaitu memilih, memboikot dan melaporkan premis makanan yang sesuka hari menaikkan harga barang makanan.

“Ini masanya kita menggunakan konsep 3M itu iaitu memilih kedai makan, memboikot dan melaporkan agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya,” tegas beliau.

Disampin itu, beliau berkata sebanyak 28 notis dikeluarkan oleh pihak KPDNKK sehingga bulan Mac, 2016.

Sementara itu, sebanyak tujuh notis dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada para peniaga yang disyaki mempamerkan atau menawarkan harga yang tidak munasabah semasa pemantauan tersebut.

Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sabah, Aslani Dabi berkata kesemua peniaga premis makanan yang menawarkan harga yang tidak munasabah diberikan notis dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Mereka perlu menyerahkan semua dokumen atau resit-resit yang dapat menyokong harga yang ditawarkan kepada pengguna.

“Mereka boleh dikenakan denda sehingga RM 500,000 untuk setiap individu dan denda sehingga RM 1 juta untuk syarikat untuk kesalahan tersebut,” ujarnya.

Disamping itu, pihak KPDNKK turut mengenakan kompaun sebanyak RM 300 kepada sebuah premis dibawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 kerana tidak mempamerkan tanda harga yang jelas semasa pemantauan itu. Oleh Elezebeth Esther & Syafathin M.Y/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan