Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jainab sambut baik perlantikan Salleh dan Madius

Jainab semasa ditemubual oleh RTM di pejabatnya di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu hari ini.
Jainab semasa ditemubual oleh wartawan RTM di pejabatnya di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid menyambut baik perlantikan dua menteri kanan dari negeri ini dalam barisan baru kabinet kerajaan persekutuan.

Menurutnya, perlantikan Datuk Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Datuk Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam membuktikan pengiktirafan kerajaan persekutuan terhadap pemimpin di negeri ini.

“Diharapkan perlantikan Salleh untuk menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu dapat membantu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menangani masalah penyebaran laporan palsu khususnya di laman sosial internet,” katanya di sini hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam satu ditemubual dengan RTM mengenai rombakan kabinet Kerajaan Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya semalam.

Sementara itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai hak progretif dan kuasa penuh untuk membuat rombakan kabinet dan menggugurkan menteri kabinet yang dianggap tidak sepakat dengan setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai kuasa untuk melantik menteri kabinet di kalangan wakil rakyat yang disifatkan boleh bekerjasama dan membantu kerajaan dalam memacu pembangunan negara,” katanya lagi.

“Selain itu, Perdana Menteri juga memiliki hak progretif dan kuasa penuh untuk membuat rombakan ataupun menggugurkan menteri kabinet yang dianggap tidak sepakat dengan kerajaan,” katanya.

Dalam rombakan kabinet semalam, beberapa menteri kanan digugurkan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin.

Najib turut memaklumkan perlantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru di samping pertukaran portfolio kementerian di kalangan menteri dan timbalan masing-masing.

Komen


Berita Berkaitan