Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jainab- penubuhan suruhanjaya untuk kanak- kanak dialu- alukan

5:53pm 27/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 45 views Tempatan
Jainab (kiri) bersama Suhaimi (tengah) menyampaikan sijil dan kit kecantikan kepada para peserta Kursus Kecantikan Andaman di Akademi Puri Ratu, Plaza 333, disini, hari ini

Jainab (kiri) bersama Suhaimi (tengah) menyampaikan sijil dan kit kecantikan kepada para peserta Kursus Kecantikan Andaman di Akademi Puri Ratu, Plaza 333, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna mengalu-alukan cadangan UNICEF Malaysia berkenaan penubuhan satu Suruhanjaya dalam memperjuangkan hak dan menyelesaikan isu- isu berkaitan kanak- kanak.

Menterinya, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata semua pihak termasuk ibubapa kanak- kanak itu sendiri perlu bekerjasama bagi menjaga kebajikan dan hak anak- anak mereka.

“Ibu bapa ada peranan dan tanggungjawab mereka untuk menjaga anak- anak mereka…. mereka tidak boleh menyalahkan kerajaan jika anak mereka di dera disebabkan oleh kecuaian ibubapa itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat dan Akademi Puri Ratu di Pusat Komersial Plaza 333, disini, hari ini.

Sementara itu, seramai sembilan orang peserta kursus kecantikan Andaman anjuran Akademi Puri Ratu di bawah Program ‘1 Azam’ menerima sijil tamat kursus dan kit kecantikan.

Disamping itu, Jainab menyeru kepada masyarakat setempat agar mengikuti kursus- kursus yang di sediakan oleh kerajaan.

“Pihak kerajaan sememangnya akan memberi bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan…. tetapi, mereka perlu berusaha lebih dalam meningkatkan taraf hidup masing- masing,”katanya

Hadir sama Penaung Puri Ratu Academy, Haji Sulaiman Junaidi dan Pengarah Puri Ratu Academy, Suhaimi Sulaiman. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan