Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jainab: Pantau aktiviti harian anak-anak

3:43pm 02/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 21 views Tempatan
Jainab menemani salah seorang penerima sumbangan raya membeli barang-barang keperluan sempena Hari Raya di Pasar RAya Giant Indah Permai, disini, hari ini. Foto: Alex  Mairin/SayangSabah

Jainab menemani salah seorang penerima sumbangan raya membeli barang-barang keperluan sempena Hari Raya di Pasar Raya Giant Indah Permai, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

SEPANGGAR- Semua pihak khususnya ibubapa diseru agar memantau pergerakan anak-anak mereka agar tidak terjerumus dalam gejala sosial, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Menurut beliau, ibubapa perlu memantau segala aktiviti anak-anak mereka termasuklah penggunaan media sosial sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pedofilia.
“Sesetengah ibubapa membenarkan anak-anak mereka menggunakan telefon bimbit dan main permainan digital.
“Kita tidak tahu terdapat individu-individu yang mempunyai niat tidak baik ketika berkomunikasi dengan anak-anak kita,”katanya dalam sidang media Shopping Sebelum Raya di Giant Indah Permai, disini, pagi tadi.
Dalam masa sama, beliau turut menasihati kepada semua pengguna jalanraya agar berhati-hati ketika memandu terutamanya semasa musim perayaan ini.
IMG-20160702-WA0006
“Kita mahu meraikan Hari Raya dengan hati yang gembira. Oleh itu, mereka yang balik kampung dengan kenderaan sendiri, memandu dengan berhemah,”katanya.
Disamping itu, Seramai 100 buah keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan berupakan barang-barang keperluan raya sebagai persediaan mereka untuk mennyambut Hari Raya Aidilfitiri yang bakal menjelang tiba.
Menurut beliau, program khidmat masyarakat tersebut akan dijalankan secara berperingkat.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak seperti Pasar raya Giant dan Kumpulan BTC Berhad kerana membantu menjayakan program hari ini,”ujarnya.- Elezebeth Esther/SayangSabah
KENANGAN... Jainab bersama para penerima sumbangan raya sempena program Khidmat Masyarakat di Pasar Raya Giant Indah Permai, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KENANGAN… Jainab bersama para penerima sumbangan raya sempena program Khidmat Masyarakat di Pasar Raya Giant Indah Permai, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan