Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jainab: Cegah gejala negatif, kerjasama pelbagai pihak diperlukan

5:12pm 22/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 46 views Tempatan
Gambar perbuatan penghisap gam yang viral di laman sosial.

Gambar perbuatan penghisap gam yang viral di laman sosial.

LIKAS- Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid menyeru pihak berkuasa tempatan agar memantau dan menangkap individu- individu yang terlibat dalam gejala negatif seperti aktiviti menghisap gam.

Selain itu, beliau berkata masyarakat turut mempunyai peranan yang penting dalam mencegah gejala- gejala negatif seperti itu dari[ada berleluasa.
“Masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat individu- individu yang melakukan perkara itu dan bukannya membantu mereka melindungi gejala tersebut,”katanya ketika ditanya pemberita mengenai sekumpulan remaja sedang menjalankan aktiviti menghisap gam di atas sebuah bangunan di Kg Air yang disebarkan melalui media sosial, hari ini.
Katanya, beliau turut menyeru kepada pihak pengurusan bangunan tersebut agar memantau serta memperketatkan kawalan di pintu masuk bangunan itu supaya kejadian seperti ini tidak berulang.
Sehubungan itu, beliau juga memohon kerjasama daripada ibubapa agar memantau aktiviti harian anak- anak mereka. – Elezebeth Esther/SayangSabah
Jainab semasa sidang akhbar sempena Majlis penyampaian Sedekah Jariah Kumpulan BTC Berhad, di sini, hari ini

Jainab semasa sidang akhbar sempena Majlis penyampaian Sedekah Jariah Kumpulan BTC Berhad, di sini, hari ini

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan