Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jahitan kreatif menjana pendapatan keluarga

6:21pm 03/11/2015 Ann Vivien 59 views Isu Semasa,Tempatan
Ezam menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus, turut kelihatan Eyung.

Ezam menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus, turut kelihatan Eyung.

KOTA BELUD: Golongan wanita khususnya suri rumah digalakkan menceburi seni jahitan kreatif yang mempunyai potensi besar menjana pendapatan keluarga.

 Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kota Belud Eyung Latun berkata, bagi membantu golongan wanita mencapai matlamat tersebut, kerajaan melalui pelbagai agensi menyediakan kursus menjahit bagi memberi kemahiran kepada golongan sasar yang berminat menceburi bidang itu.
Katanya, walaupun wanita secara semulajadi sememangnya mahir dalam bidang jahitan, namun kemahiran itu tidak mencukup sekiranya mereka tidak meningkatkan pengetahuan dalam jahitan seni kreatif.
“Golongan Wanita khususnya surirumah perlu memanafaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui pelbagai penganjuran kursus jangka pandek atau jangka panjang dalam bidang jahitan bagi membolehkan merek  memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Program Kraf Kreatif  jahitan Tudung anjuran Kementerian PembangunanWanita Kelurga dan Masyarakat,Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara dan Pergerakan Wanita Umno bahagian Kota Belud dekat sini kemarin.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil itu disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Kota Belud  Ezam Ahmad dan turut dihadiri oleh Naib Ketua Pergerakan Wanita bahagian  Kota Belud  Janes Atong.
Eyung yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Kota Belud  berkata, MPWK Parlimen Kota Belud sering bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agansi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyebarkan ilmu kemahiran menjahit seni kreatif kepada semua lapisan masyarakat, yang kini semakin mendapat permintaan tinggi.-Monica Gidung/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan