Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jahat dalam penjara

SEBAHAGIAN daripada dadah Nwolise yang dirampas BNN ditunjukkan kepada media di Jakarta semalam.
SEBAHAGIAN daripada dadah Nwolise yang dirampas BNN ditunjukkan kepada media di Jakarta semalam.

Jakarta: Ditangkap, dipenjara dan sedang menunggu hukuman mati, tetapi Sylvester Obiekwe Nwolise ternyata tidak serik apabila terus mendalangi kegiatan pengedaran dadah dari dalam jel.

Nwolise – atau dikenali sebagai Mustopa – dihukum mati oleh mahkamah pada 11 September 2004 selepas disabitkan kesalahan membawa 1.2 kilogram heroin dalam bentuk kapsul.

Cubaan menyemak semula kes itu ditolak mahkamah pada 9 September 2012.

Ketika menanti detik dia dibawa ke depan skuad penembak tepat untuk menjalani hukuman mati, Nwolise masih aktif mengatur aktviti jual beli dadah menggunakan ejen dari Penjara Nusakambangan.

Ia dibongkar Badan Narkotik Nasional (BNN).

Ketua BNN, Anang Iskandar semalam berkata, pihaknya merampas 7.6 kilogram syabu bernilai RM441,455 daripada rangkaian pengedaran dikendalikan Nwolise.

“Seorang wanita tempatan ditangkap di kawasan letak kenderaan sebuah hotel di Gunung Sahari, Jakarta.

“Wanita itu mengaku diupah lelaki dari Kenya itu sebanyak Rp1 juta (RM285) untuk menyerahkan dadah berkenaan,” katanya.

Anang berkata, dadah berkenaan diseludup dari Guangzhou, China.

Kata Anang, Nwolise tidak pernah serik berniaga dadah.

“Pada 2012 dia didapati cuba mengendalikan penyeludupan syabu dari Papua New Guinea dan dua tahun kemudian, gagal mengirimkan syabu ke luar negara melalui Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya,” katanya.-Ageni

Komen


Berita Berkaitan