Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JAGUAR BERKARAT DIJUAL RM401,223

jaguar

LONDON: Sebuah kereta jenis Jaguar model E­type keluaran tahun 1961 yang sudah berkarat

dijual pada harga £78,000 (RM401,223) dalam satu acara lelongan di sini baru­baru ini, lapor

MailOnline semalam.

Bagaimanapun, pemilik baharu kereta tersebut terpaksa membelanjakan lebih £120,000

(RM617,529) lagi untuk membaiki kenderaan itu.

Hampir semua bahagian pada kereta itu termasuk enjin, badan dan bahagian dalam sudah

berkarat.

Model tersebut dianggap sangat jarang dijumpai dan dianggarkan hanya 170 buah sahaja yang

masih wujud di dunia.

Seorang pengumpul kereta Jaguar, Nick Goldthorp berkata, kereta­kereta seperti itu menjadi

tumpuan pengumpul kereta dan tidak hairanlah ia berharga sangat tinggi.

“Harga kereta ini selepas dibaiki akan meningkat lagi dan pemiliknya masih lagi boleh meraih

keuntungan jika menjualnya kelak,” katanya. ­ Agensi

Komen


Berita Berkaitan