Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jaga, pertahankan kemakmuran Sabah

Peter ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

PENAMPANG: Masyarakat diseru bersama- sama menjaga dan mempertahankan kemakmuran di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018, Datuk Peter Anthony berkata keamanan, persahabatan dan kebersamaan unik sedia ada perlu dipertahankan agar dapat menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia dan dunia.

“Malaysia adalah negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian dan kerana itulah kita berjaya selama ini.

“Segala perbezaan perlu digembleng dan menjadikannya suatu kekuatan yang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Peter turut memohon sebidang tanah bagi membangunkan pusat kebudayaan baharu.

“Saya berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk pemberian sebidang tanah yang lebih luas
sekurang-kurangnya 50 ekar, untuk membangunkan pusat
kebudayaan baharu.

“Ini adalah kerana pusat kebudayaan sedia ada, hanya mampu menempatkan 11 rumah kebudayaan pelbagai kumpulan etnik di Sabah,” jelasnya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Penutup Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Hongkod Koisaan KDCA hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din./PENERANGAN-

Shafie (tengah), Madius (kiri) dan Peter (kanan) semasa selepas mengatam padi.

Komen


Berita Berkaitan