Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jaga Imej Dan Nama Baik Negara Ketika Berada Di Tanah Suci – Tun Juhar

YANG di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin (dua dari kiri) bersalaman dengan sebahagian jemaah haji pada majlis berkenaan. - Foto Malai Rosmah Tuah
YANG di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin (dua dari kiri) bersalaman dengan sebahagian jemaah haji pada majlis berkenaan. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU : Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengingatkan jemaah haji Malaysia, khususnya dari Sabah, agar sentiasa menjaga imej dan nama baik negara sepanjang berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Juhar berkata jemaah haji dari Malaysia dikenali pelbagai pihak, termasuk pihak berkuasa Arab Saudi, sebagai antara jemaah haji paling berdisiplin dan imej baik berkenaan perlu sentiasa dipelihara oleh semua jemaah haji.

“Pada setiap musim haji, jutaan umat Islam dari pelbagai negara akan berkumpul di Tanah Suci. Perhimpunan terbesar ini mengajar umat Islam untuk bersabar, bertoleransi dan berkasih sayang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya negara masing-masing,” katanya.

Juhar berkata demikian ketika berucap pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada 150 jemaah haji dari Sabah di Hotel Tabung Haji malam tadi. Seramai 150 jemaah haji dari Sabah berlepas ke Kuala Lumpur malam tadi sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci.

Turut hadir isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Juhar juga menasihatkan jemaah haji Malaysia agar tidak sekali-kali terlibat dengan sebarang perhimpunan haram di Tanah Suci kerana perbuatan seperti itu bukan sahaja merosakkan imej Malaysia malah boleh merosakkan hubungan baik Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi.

Sehubungan itu, beliau meminta jemaah haji Malaysia agar menumpukan perhatian terhadap ibadah haji mereka dan menggunakan segala kesempatan di Tanah Suci untuk mengerjakan sebanyak mungkin ibadah wajib ataupun sunat.

Katanya selain menumpukan perhatian melaksanakan ibadah, Juhar juga menyeru jemaah haji Malaysia agar berdoa untuk kesejahteraan negara ini dan negeri Sabah khususnya agar terus aman, makmur demi untuk kehidupan generasi akan datang.

Beliau juga mendoakan semoga semua jemaah haji Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat serta mendapat haji mabrur.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan