Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jaga Filipina cap Sabah

3:33pm 13/01/2016 Pak Roshan 4130 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
sabah

PEGAWAI JPN menahan rakyat Filipina yang mengaku membeli MyKad berharga RM300.

Petaling Jaya : Seorang pengawal keselamatan cuba menipu pegawai Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan mengaku berasal dari Sabah serta menunjukkan MyKad palsu dimiliki.

Lakonan itu bagaimanapun tidak menjadi apabila suspek berusia 30-an itu sebaliknya didapati berasal dari Zamboanga, Filipina.

Pendatang tanpa izin itu ditahan pegawai JPN di sebuah premis pusat servis kenderaan di Seksyen 13 di sini, jam 10 pagi semalam.

Difahamkan, lelaki itu membeli MyKad berkenaan daripada sindiket di Beaufort, Sabah, pada harga RM300 sebelum berhijrah ke Lembah Klang untuk mencari pekerjaan.

Ketua Unit Operasi dan Risikan JPN Putrajaya Mokhzan Arif Mohd Yusof berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi semalam dalam Ops Pemeriksaan diketuainya bersama tiga pegawai lain.

Beliau berkata, operasi itu adalah susulan kejadian warga asing yang mengaku rakyat Sabah dan bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum menembak mati seorang pegawai Ambank dalam kejadian pada Julai 2013.

“Hasil maklumat orang ramai, pihak kami ke premis berkenaan sebelum menahan lelaki itu. Pada mulanya lelaki itu menegaskan dia adalah rakyat tempatan dan berasal dari Sabah.

“Namun MyKad dimiliki lelaki itu didapati palsu. Siasatan lanjut mendapati lelaki itu berasal dari Zamboanga, Filipina dan memasuki negara ini pada Disember tahun lalu,” katanya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan