Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan surau pusat aktiviti kemasyarakatan

Sebahagian penerima sumbangan.
Sebahagian penerima sumbangan.

SANDAKAN – Umat Islam di daerah ini diminta menjadikan surau dan masjid sebagai pusat kepada aktiviti kemasyarakatan dan bukan semata-mata sebagai tempat ibadat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, sudah tiba masanya umat Islam memanfaatkan pusat ibadah itu bagi meningkatkan pengetahuan yang tidak terhad kepada sudut keagamaan sahaja.

Menurut beliau, meskipun surau dan masjid sememangnya sinonim sebagai pusat ibadat dan aktiviti keagamaan, namun peranannya perlu diperluaskan termasuk sebagai pusat perpaduan.

“Surau juga sebenarnya boleh digunakan untuk aktiviti belia yang menjurus kepada aktiviti masyarakat selain boleh mengajak golongan itu mendekati surau,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan ihsan kepada anak-anak yatim dan warga emas dalam kawasan Sekong, di sini semalam.

Samsudin yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi berkata, suatu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak ialah memastikan pengurusan dan kebersihan surau dalam keadaan terbaik.

“Kebersihan dan keceriaan surau perlu sentiasa diberi perhatian. Begitu juga umat Islam perlu menghormati masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” ujarnya.

Dalam masjid berasing beliau turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para penduduk Kampung Istimewa, Bongaya, Cenderamata Taman Poh Hing, Lupak Meluas Laut, dan m Lupak Meluas Darat dalam kawasan Parlimen Batu Sapi. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan