Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,811

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jadikan sukan sebagai kerjaya-Tawfiq

Tawfiq (tengah) mengambil bersama pasukan yang menjuarai kejohanan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Tawfiq (tengah) mengambil bersama pasukan yang menjuarai kejohanan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: Orang ramai diseru agar menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya kerana bukan sahaja memberikan manfaat dalam aspek kesihatan malah turut memberikan peluang untuk menjana pendapatan yang lumayan jika mempunyai prestasi yang baik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, bidang sukan merupakan satu karjaya yang bukan sahaja mampu menitikberatkan soal kesihatan malah turut memberikan ruang untuk menjana pendapatan.

“Kita boleh melihat manfaat dalam bidang sukan ini sekiranya mempunyai prestasi yang baik berdasarkan pencapaian atlet olimpik dan paralimpik yang mewakili negara.”

“Golongan muda boleh menjadikan pencapaian atlet yang membawa pulang pingat untuk negara sempena kejohanan itu sebagai sumber inspirasi agar turut sama melakar kejayaan,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutupan TFC Internal Futsal Tournament, di sini, kelmarin.

Tambah beliau, aktiviti kesukanan merupakan satu elemen penting dalam usaha untuk menyemai perasaan kekitaan dalam kalangan generasi muda.

“Sukan seperti ini, bukan sekadar aktiviti rekreasi tetapi juga merupakan satu pendekatan penting dalam meningkatkan kerjasama dan perpaduan antara kaum,”katanya.

Sempena kejohanan berkenaan johan disandang oleh Pelangi Chienta JR yang membawa pulang hadiah RM1500.00, naib johan Big Boss Legacy yang membawa pulang hadiah RM1100.00 dan tempat ketiga Nanaker Telaga FT yang membawa pulang hadiah RM800.00.

Manakala tempat keempat Pelangi Chienta FT yang membawa pulang hadiah RM550.00 dan tempat kelima Brozuca FT yang membawa pulang hadiah RM300.00.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Tawfiq (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai kejohanan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tawfiq (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai kejohanan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan