Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan

Tawfiq (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai kejohanan berkenaan.
TAWAU: Masyarakat di negara ini perlu menjadikan amalan bersukan sebagai satu budaya dalam kehidupan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kepentingan bersukan bukan sahaja terbukti sebagai satu gaya hidup sihat, malah ia selaras dengan usaha kerajaan dalam memastikan rakyat negara ini sentiasa sihat dan produktif menuju  negara maju di masa hadapan.

Menurutnya, kearah itu kerajaan telah memperuntukkan sehari setiap minggu kedua bulan Oktober sebagai hari sukan negara.

Beliau berkata demikian merasmikan Sukan jemputan Antara Jabatan (SUJAJ) di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau.

Menyentuh mengenai SUJAJ, beliau memuji penganjurannya yang bukan sahaja akan dapat mencungkil bakat kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan dalam arena sukan di setiap peringkat, malah sekaligus mampu melahirkan penjawat awam yang sihat dan cergas selain dapat meningkatkan produktiviti dalam kerja masing-masing.

Sukan yang diadakan selama tiga hari itu disertai 18 jabatan negeri dan persekutuan yang menyaksikan pelbagai bidang sukan antaranya bola tampar, futsal dan badminton.

Sementara itu dalam majlis berasingan, Datuk Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas telah berkesempatan menyampaikan Bantuan Zakat kepada 25 ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Batu 2 Jalan Apas Lorong Habib Abdul Rahman yang berlaku pada 2 Januari lalu serta 6 penerima di Kampung Jalan Damai pada 10 November tahun lalu./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan