Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan Program Semarak Komuniti 1Malaysia medium perkasakan komuniti

Pengerusi Puspanita Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Datin Masniah Tarah (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan memasak anjuran Puspanita Jabatan Penerangan Sabah. - foto Jabatan Penerangan
Pengerusi Puspanita Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Datin Masniah Tarah (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan memasak anjuran Puspanita Jabatan Penerangan Sabah. – foto Jabatan Penerangan

PUTATAN – Semua lapisan masyarakat perlu memberi sokongan padu terhadap Program Semarak Komuniti 1Malaysia bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul berkata, interaksi positif dapat dibentuk dengan adanya hubungan baik sesama ahli dalam komuniti 1Malaysia, sekaligus keharmonian hidup berkomuniti yang menjadi medium kepada permuafakatan bersama dapat diperkasakan lagi.

“Pogram Semarak Komuniti 1Malaysia ini bukan sekadar untuk memenuhi perancangan aktiviti jabatan semata-mata sebaliknya mempunyai matlamat dan hasrat dalam menyampaikan maklumat terkini yang releven mengenai pembangunan negara supaya mudah diterima dan difahami oleh seluruh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Semarak Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Dataran Betitik Putatan, di sini, yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.

Almain berkata, disamping mengeratkan jalinan kemesraan antara rakyat dan pemimpin, matlamat utama program itu ialah memperkasakan nilai-nilai etika dalam usaha mewujudkan persefahaman, kerjasama dan sikap hormat menghormati diantara satu sama lain.

Katanya, usaha itu penting agar semua lapisan masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan damai dengan menghapuskan prejudis dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan