Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan Pesta Bubuk acara rasmi tahunan

Prof. Madya Dr. Ismail. - foto ihsan UMS
Prof. Madya Dr. Ismail. – foto ihsan UMS

KOTA KINABALU – Pesta Bubuk wajar dianjurkan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta diangkat sebagai acara rasmi seperti beberapa program lain yang telah berjaya mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Ismail Ali yang mencadangkan perkara itu berkata, mengambil kira hasil bubuk itu sendiri yang merupakan pendapatan nelayan dari dahulu hingga kini.

“Dengan mengambil kira kewujudan bubuk di Sabah secara bermusim, menjadi antara ikon produk berasaskan laut serta kemeriahan musimnya, maka saya mencadangkan bahawa sudah tiba masanya musim bubuk ini ditakwimkan sebagai satu pesta rasmi di Sabah dan Labuan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ismail berkata, bubuk yang juga dikenali sebagai udang jerangau merupakan sejenis udang mikro yang hanya muncul dalam musim-musim tertentu sahaja iaitu pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

“Walaupun harga sekilogram bubuk semasa musim bubuk hanya mencecah nilai sen sahaja namun apabila diproses dan siap dijadikan produk hiliran (belacan dan cencaluk) akan membawa pulangan lumayan kepada para pengusahanya,” ujarnya.

Beliau menambah, pada musim bubuk kawasan pendaratan ikan di daerah seperti Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Kimanis, Kuala Penyu, Sipitang dan Labuan yang selalunya hanya didatangi oleh para nelayan dan peraih ikan akan bertukar wajah menjadi satu pesta yakni dikunjungi oleh orang ramai untuk mendapatkan bubuk segar.

Justeru, beliau berkata melalui penganjuran pesta ini bukan sahaja dapat memartabatkan lagi industri makanan berasaskan bubuk seperti belacan dan cencaluk tetapi juga dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti nelayan, menghargai warisan kelautan nelayan dalam kalangan generasi muda dan mewujudkan produk pelancongan baharu sekaligus menjana ekonomi tempatan.

Katanya, penganjuran pesta itu adalah sama seperti pelbagai pesta berasaskan makanan seperti Pesta Rumbia, Pesta Jagung, Pesta Kelapa, Pesta Kubis dan sebagainya yang diraikan di Sabah pada setiap tahun. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan