Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan pengorbanan pahlawan lalu iktibar

Hamisa bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Komuniti Tidung Tawau (Pakot) dengan wakil rakyat Tanjong Batu.
Hamisa bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Komuniti Tidung Tawau (Pakot) dengan wakil rakyat Tanjong Batu.

TAWAU – Pengorbanan pahlawan terdahulu dalam mempertahankan negara seharusnya menjadi iktibar kepada generasi muda untuk menjaga keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara buat selama-lamanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, penghayatan kisah silam dan perjuangan pahlawan ini terutama ketika Perang Dunia Kedua hendaklah diserapkan dalam diri generasi muda agar mereka menghormati kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

“Rakyat harus bersyukur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai, elakkanlah persengketaan di antara kita dan selesaikan segala permasalahan demi kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Angkatan Tentera Askar Melayu di Pos Kawalan Kampung Kalabakan, Tawau, di sini hari ini.

Hamisa berkata, adalah wajar generasi muda diberi pendedahan tentang kemerdekaan bermula dari peringkat sekolah tadika hingga institusi pengajian tinggi diberikan kesedaran sivik.

Katanya, kesedaran dan bimbingan perlu dimulai dari sekolah kanak-kanak tadika agar mereka ini tidak memperlekehkan lagu kebangsaan serta memahami erti kemerdekaan sebenar.

Jelas beliau, anjakan paradigma masyarakat yang terdiri generasi muda harus mengetahui kepentingan latarbelakang sejarah perlu dilakukan.

Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang bersifat metafora, sebaliknya, kata Hamisa, ia berdiri di atas fakta yang kukuh dan setiap perkara yang berlaku sama ada berkaitan dengan diri sendiri, masyarakat atau negara, perlu disedari ada kaitan dengan sejarah.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan