Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan pendidikan pelaburan terbesar keluarga

Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika berucap dalam majlis itu.
Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika berucap dalam majlis itu.

TAWAU – Ibu bapa harus menjadikan pendidikan anak-anak sebagai pelaburan terbesar dalam sesebuah keluarga.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, ini kerana pelaburan dalam bidang pendidikan akan membawa sesebuah keluarga itu keluar daripada kancah kemiskinan.

Katanya, keluarga itu akan terus kekal dalam kelompok kemiskinan sekiranya tiada usaha dilakukan khusus oleh ibu bapa dalam mengambil langkah melakukan pelaburan pendidikan untuk masa depan mereka dan anak-anak.

“Janganlah jadikan kemiskinan ini alasan untuk anak-anak tidak dapat melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading kerana banyak sumber atau bantuan disediakan kerajaan kepada rakyat dalam aspek pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah     Pelajar Cemerlang sesi 2014 SK Kuala Apas, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Tawfiq juga memberi sumbangan sebanyak 200 buah kerusi untuk sekolah tersebut. Justeru, katanya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga harus membantu pihak sekolah dan pelajar dalam meningkatkan mutu pendidikan.

Mengenai penganjuran majlis itu, beliau menegaskan bahawa ia sepatutnya menjadi pentas untuk meningkatkan motivasi bagi pelajar lain bagi meningkatkan kualiti pencapaian sekolah dalam peperiksaan.

Sehubungan itu, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Apas mengingatkan Ibu bapa agar sentiasa memantau  pergerakan anak-anak  bagi mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan