Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jadikan masjid sebagai wadah penyatuan ummah

4:42pm 15/09/2016 Leolerry Lajius 14 views Sandakan,Tempatan

SANDAKAN: Umat Islam di daerah ini diminta menjadikan masjid dan surau sebagai sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan yang mampu mendominasikan umat supaya bersatu dalam segala aspek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya menyeru ahli jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat supaya tidak menjadikan masjid tempat memenuhi sesuatu agenda yang tidak baik, tetapi menjadikan masjid sebagai wadah penyatuan ummah.

Menurut beliau, sudah tiba masanya umat Islam memanfaatkan pusat ibadah itu bagi meningkatkan pengetahuan yang tidak terhad kepada sudut keagamaan sahaja.

“Fungsi masjid ketika ini amat besar dan ketara sekali. Ia melambangkan paduan dalam urusan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) melalui peranan dan fungsi masjid ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Masjid Ar-Rahman Kampung Segaliud, Sandakan kelmarin.

Peruntukan membina masjid tersebut bernilai RM600 ribu dan turut menyumbang seekor lembu untuk ibadah korban di kampung tersebut.

Menurut beliau surau atau masjid sebaiknya menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan dan bukan sahaja untuk urusan agama malah secara tidak langsung turut mengimarahkan suasana Surau atau masjid itu sendiri.

Beliau juga menasihatkan agar Masjid ini, dijadikan pusat untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Islam, serta dijadikan tempat yang paling sesuai untuk meningkatkan silaturahim bagi tujuan mengukuhkan Perpaduan Ummah.

Hadir sama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sandakan Jaafar Jakaria, Pegawai Pembangunan Luar Bandar Imbran Usman, Jabatan Kerja Raya Sandakan Aman Latif, kakitangan UPPM Sekong, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Batu Sapi.

Terdahulu itu, Adun Sekong telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, kepada John Until bagi tujuan meringankan bebanan beliau untuk membiayai perbelanjaan harian anak beliau yang sedang menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan./SayangSabah

Terima kasih....Samsudin menerima cenderahati daripada jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kampung Segaliud, Sandakan.

Terima kasih….Samsudin menerima cenderahati daripada jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kampung Segaliud, Sandakan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan