Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jadikan kisah Abang Long Fadzil sebagai pengajaran

6:58pm 22/08/2016 Leolerry Lajius 156 views i-Muslim,Tawau,Tempatan
Hamisa bersama abang Long Fadhil pada Program Bicara Juwa Merdeka dengan masyarakat Kamoung Merotai Tawau.

Hamisa bersama abang Long Fadhil
pada Program Bicara Juwa Merdeka dengan masyarakat Kamoung Merotai Tawau.

TAWAU:  Kisah hidup bekas ahli kongsi gelap Singapura, Abang Long Fadzil perlu dijadikan iktibar oleh semua khususnya generasi muda agar tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata, jangan sesekali mengikut jejak Abang Long Fadzil ketika muda walaupun akhirnya berubah ke arah kebaikan.

Menurutnya, generasi muda perlu menghargai zaman remaja dengan menggunakannya untuk menimba ilmu dan sentiasa muhasabah diri serta tidak menjadikan zaman remaja berlalu dengan sia-sia.

“Adalah penting generasi muda sentiasa menyedari peranan mereka dan berada di landasan yang betul untuk kehidupan yang lebih selesa dan terjamin pada masa akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Bicara Jiwa Merdeka di Dewan Terbuka Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Merotai kelmarin.

Katanya, ibu bapa juga perlu memainkan diri dengan peka terhadap perkembangan anak masing-masing dan sentiasa memberi nasihat serta mendoakan anak-anak pada setiap masa.

Dalam masa sama Hamisa yang juga wakil rakyat Tanjong Batu menyeru agar generasi muda sentiasa berusaha membuat kebaikan dan amal serta tidak menunggu hanya ketika mendapat hidayah.

“Tidak semua orang diberi hidayah oleh Allah, dan sebagai ibu apabila mendengar kisah Abang Long Fadzil ini saya turut berasa sebak dan terharu serta mendapat pengajaran yang bermakna, jadi gunakan perkongsian ini sebaiknya,”katanya lagi.

Terdahulu pada majlis itu Abang Long Fadzil telah dijemput bagi berkongsi kisah hidup beliau bersama masyarakat dari zaman menjadi ahli kongsi gelap sehingga mendapat hidayah untuk berubah.

Sebelah malamnya Abang Long Fadhil dijemput bagi berkongsi kisah hidup beliau bersama jemaah di Masjid Al Kauthar Tawau. Kedua-dua tempat ribuan menghadiri ceramah beliau./SayangSabah

Antara yang hadir sempena program berkenaan.

Antara yang hadir sempena program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan