Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan kawasan tanah perkuburan bersih, indah

Jainab Ahmad (tengah)-sama menyertai program gotong-royong di kampung Gudon, Menggatal.
Jainab Ahmad (tengah)-sama menyertai program gotong-royong di kampung Gudon, Menggatal.

SEPANGGAR – Projek membersih dan mengindahkan kawasan tanah perkuburan dapat menjadikannya tidak lagi ditakuti oleh orang ramai yang sebelum ini mempunyai persepsi sedemikian.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, usaha menjadikan tanah perkuburan sebuah taman mampu memberi kesedaran kepada masyarakat khusus umat Islam.

“Oleh itu, kita minta Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sentiasa melakukan gotong-royong membersihkan tempat tersebut,” katanya ketika ditemui semasa program gotong-royong anjuran Kawasan Rukun Tetangga Gudon Utara di Kampung Gudon, di sini hari ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara (JPNIN), Sufian Samad dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Gudon Utara, Salim Brunei dan ahli jawantakuasa JPNIN.

Sehubungan itu, Jainab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai mahu Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK harus memupuk kesedaran dalam usaha menjadikan tanah perkuburan sebuah tempat yang teratur.

“Saya meminta kerjasama Ketua Kampung , Pengerusi JKKK berganding bahu bagi memastikan tanah perkuburan menjadi indah, bersih dan teratur, di samping memupuk generasi sukarelawan yang cintakan keindahan alam semula jadi,” ujarnya.

Katanya, kerjasama yang baik harus dilaksanakan dalam komuniti penduduk kampung bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di setiap kampung dan kawasan perumahan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan