Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jadikan ilmu sebagai bekalan hidup: Hamisa

TAWAU: Masyarakat Islam di daerah ini diminta supaya meletakkan kepentingan terhadap budaya ilmu yang berlandaskan Islam sebagai agenda utama dalam menjalani kehidupan seharian.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, hanya dengan ilmu saja, umat Islam mampu keluar daripada kongkongan kejahilan, kemunduran, kehancuran dan kemiskinan.
“Kita dituntut supaya mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada Rasullullah,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Mukim Merotai Besar, di sini kelmarin.
Dalam pada itu, Hamisa turut menyeru generasi muda supaya mendalami ajaran Islam supaya tidak berlaku keruntuhan moral di kalangan golongan tersebut.
“Jenayah yang berlaku pada ketika ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan agama. Semua itu, mampu dilaksanakan oleh umat Islam di negara ini sekiranya kepentingan terhadap budaya ilmu diletakkan sebagai agenda dalam setiap aspek kehidupan umat Islam,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

TAHNIAH... Hamisa menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Maulidur Rasul.
TAHNIAH… Hamisa menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Maulidur Rasul.

Komen


Berita Berkaitan